suria

Shahrizat Sedih Kanak-Kanak Terjerut Kain

KUALA LUMPUR: Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedih dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan terjerut dengan kain selendang.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut berlaku akibat kecuaian.

Menurut beliau, pihak yang melakukan kecuaian sebegitu boleh dihukum denda sebanyak RM20,000 atau 10 tahun penjara di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Mayat Kuhesri Nadarajah dijumpai tergantung pada kipas di siling rumahnya pada malam Khamis lalu di flat Taman Tun Sardon, Pulau Pinang.

"Saya meminta polis memberi perhatian utama kepada kes ini apabila menyiasat dan mendakwa," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain