Rakyat Malaysia Di Bangkok Selamat, Perlu Daftar Dengan Kedutaan - Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Di Bangkok Selamat, Perlu Daftar Dengan Kedutaan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang tinggal di Bangkok atau sedang melawat bandar raya itu dinasihati supaya mendaftar dengan kedutaan Malaysia dengan menghubung kedutaan itu atau menghantar e-mail berikutan ketegangan yang kian memuncak ibu kota Thailand itu.

Memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di Bangkok adalah selamat, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, berkata mereka perlu menghubungi kedutaan Malaysia di Bangkok untuk mendapatkan bantuan sekiranya perlu.

Rakyat Malaysia dapat mendaftar dengan kedutaan itu yang terletak di 25, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn, Bangkok 10120, dengan menelefon nombor +662 629 6800 atau mengirimkan e-mail di www.malbangkok.

Anifah berkata rakyat Malaysia juga dinasihati supaya mengelak daripada melawat kawasan panas yang diduduki kumpulan berbaju merah, terutamanya Persimpangan Ratchaprasong dan kawasan persekitarannya. "Rakyat Malaysia juga mesti sentiasa mengawasi keselamatan diri mereka dan mengamalkan sikap berwaspada serta memantau peristiwa dan perkembangan terbaru menerusi siaran daripada media tempatan dan antarabangsa (cetak dan elektronik)," katanya.

Beliau berkata Pegawai Bertugas di Wisma Putra juga dapat dihubungi selepas waktu pejabat selain pada Sabtu dan Ahad menerusi talian 03-8887 4570.

Anifah berkata sebagai jiran yang mempunyai hubungan dua hala yang akrab, Malaysia berharap Thailand akan dapat menyelesaikan masalah politiknya menerusi satu kaedah yang aman.

Menurut laporan, 14 terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera semasa pertempuran antara tentera kerajaan dan penunjuk perasaan anti-kerajaan pada masa ketegangan semakin memuncak di ibu negara Thailand ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rumah MP Kapar Disimbah Cat Merah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain