suria

Mayat Ditemui Dalam Ladang Lembu Di Klang

KLANG: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dengan keadaan tulang mukanya pecah di sebuah ladang lembu di Pandamaran Jaya pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Mat Yusop berkata mayat lelaki berkenaan dijumpai oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui ladang itu kira-kira 7.30 pagi tadi sebelum dia menghubungi pihak polis.

Beliau berkata mayat ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah yang dipercayai dibunuh sekitar tengah malam tadi.

"Siasatan awal mendapati lelaki tanpa identiti itu dibunuh dengan menggunakan objek tumpul berikutan kecederaan parah pada bahagian kanan muka dan tulang mukanya yang pecah.

"Kita juga percaya pembunuhan dilakukan oleh lebih dari seorang suspek berdasarkan tiada kesan pergelutan pada mayat yang lengkap berseluar jeans dan baju biru itu," katanya di sini hari ini.

Mangsa dipercayai berumur sekitar 30-an. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain