suria

Rosmah Hibur Rakyat Di Sibu Gateway

SIBU: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi kejutan kepada kira-kira 3,000 orang yang berhimpun di Sibu Gateway malam ini, apabila beliau turut tampil mendendangkan lagu semasa sesi bertemu rakyat tersebut.

Beliau secara sporting menerima jemputan untuk menyanyi dan telah menyampaikan dua buah lagu termasuk sebuah lagu Mandarin, selepas sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak selesai berucap.

Yang turut menghiburkan orang ramai ialah artis bersuara emas, Jamal Abdillah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Sibu, Robert Lau Hui Yew turut hadir pada majlis tersebut. -BERNAMA

Artikel Lain