Pegawai Polis Ditahan Kerana Tunjuk Senjata Api Kepada Pekerja Hotel - Semasa | mStar

Pegawai Polis Ditahan Kerana Tunjuk Senjata Api Kepada Pekerja Hotel

KUALA LUMPUR: Gara-gara menunjukkan kuasa, seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan ditahan kerana bertindak menunjukkan senjata api kepada petugas kaunter hadapan sebuah hotel di Puchong, dekat sini, Rabu lalu.

Malah, pegawai berusia 40-an itu dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga didapati positif dadah.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, pegawai terbabit datang ke hotel tersebut bersama seorang rakan untuk menginap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pekerja hotel itu telah meminta pegawai tersebut menunjukkan kad pengenalan diri, namun kerana berang dengan tindakan pekerja itu, pegawai tersebut bertindak menyelak bajunya dan menunjukkan senjata api yang diselitkan di pinggangnya.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pekerja hotel itu menghubungi polis sebelum satu unit peronda polis datang dan membawa pegawai itu ke balai untuk siasatan, katanya. Khalid berkata siasatan terhadap pegawai terbabit masih dijalankan sebelum kertas siasatan berhubung kejadian itu diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta dan siasatan akan dijalankan secara telus dan adil tanpa mengira pangkat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Kita memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan pegawai polis sebab itu kita telah menahannya pada hari kejadian sejurus menerima laporan daripada pekerja hotel itu," katanya.

Khalid berkata, hasil ujian air kencing ke atas pegawai itu juga menunjukkannya positif dadah dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 506 kanun Keseksaan dan di bawah Akta Penagihan Dadah 1983.

Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya jika didapati bersalah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.