Malaysia Boleh Ketinggalan Dalam Bidang Pelancongan Perubatan - Semasa | mStar

Malaysia Boleh Ketinggalan Dalam Bidang Pelancongan Perubatan

NEW YORK: Malaysia, yang walaupun mempunyai kemudahan pelancongan perubatan yang baik kemungkinan ketinggalan di belakang di segi destinasi pelancongan perubatan, demikian menurut YaleGlobal, satu penerbitan perdana Yale Center bagi Kajian Globalisasi. Katanya Malaysia tidak mendapat perhatian di kalangan para pelancong Amerika Syarikat (AS) dan Eropah di segi usaha menarik para pelancong berkenaan.

Banyak negara, seperti Cuba, Hungary, Jordan, Thailand, Singapura dan Filipina kini turut secara agresif mempromosikan pelancongan perubatan.

Menurutnya, India kini berjaya menarik para pelancong perubatan Barat yang melihatnya sebagai "keajaiban India" yang menawarkan rawatan perubatan, seperti pembedahan jantung, terapi kanser, pergigian dan pelbagai lagi pada kos yang rendah dan berkelas dunia.

Banyak hospital di India telah secara diam-diam berunding dengan syarikat AS untuk menghantar para pekerja mereka bagi mendapatkan rawatan ke negara itu pada harga paling rendah, seperti yang ditawarkan di dalam risalah yang diedarkan di wilayah New York/New Jersey oleh sebuah hospital berpangkalan di Bangalore, India.

Dahulu, Malaysia dan jirannya, Singapura dan Thailand, mendapat keutamaan bagi para pelancong perubatan sebelum dipintas oleh India.

Fortis dan Apollo, yang merupakan antara peneraju rangkaian perubatan hospital utama di India telah berjaya menembusi sektor korporat AS dengan tawaran kos hanya sebahagian kecil daripada kos perubatan di AS.

Selain itu, kejayaan India itu, dengan anggaran pasaran pelancongan perubatan sekitar AS$2 bilion setahun menjelang 2012, kemungkinan berjaya kerana para pesakit Barat telah biasa dengan pakar perubatan dan jururawat India yang ramai bekerja di AS, Kanada dan Australia.

India juga menawarkan pesakit dan penjaganya visa sehingga tempoh tiga tahun.

Sebulan lepas, sebuah hospital di Chennai, Madras Medical Mission, berjaya melakukan pemebedahan jantung ke atas seorang wanita AS pada harga hanya AS$8,000, yang termasuk tambang pesakit itu dan bayaran tinggal di hospital itu selama sebulan, berbanding dengan kos sekurang-kurangnya AS$$40,000 di AS.

Menurut kajian Persekutuan Industri India dan McKinsey Consultancy, India telah mencatatkan pertumbuhan pelancongan perubatan 15 peratus setahun setiap tahun dari segi bilangan pelancong perubatan dari negara maju. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain