suria

JAKIM Ucap Takziah Kepada Keluarga Ashaari Muhammad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad atas kematian bekas pemimpin al-Arqam itu kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dalam satu kenyataan di sini semalam berharap usaha dakwah Ashaari khususnya di era awal penubuhan al-Arqam akan dikabulkan Allah s.w.t. dan rohnya dirahmati selain dosanya diampunkan Allah.

Ashaari, 73, yang dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana jangkitan paru-paru. - BERNAMA

Artikel Lain