suria

Imigresen Perak Tahan 84 PATI Dalam Ops Kutip

IPOH: Jabatan Imigresen Perak menahan 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dalam satu operasi di sekitar kawasan Medan Gopeng di sini hari ini.

Ketua Penguatkuasa Imigresen Perak, Ahmad Puat Abd. Hamid berkata, kebanyakan mereka ditahan merupakan pekerja di restoran dan ada yang bekeliaran di kawasan sekitar.

Katanya, semua yang ditahan dalam "Ops Kutip" selama empat jam bermula 10 pagi itu, berumur antara 20 dan 45 tahun dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan Vietnam.

Dalam sidang akhbar selepas operasi itu, Ahmad Puat berkata mereka ditahan untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke depot tahanan imigresen di Langkap.

Sejak awal tahun ini, Jabatan Imigresen Negeri telah menahan lebih 500 pendatang asing di negeri itu. -BERNAMA

Artikel Lain