suria

Remaja Mati Gantung Diri Ketika Lakonkan Babak Bunuh Diri

GEORGE TOWN: Seorang remaja perempuan berumur 10 tahun mati selepas dia secara tidak sengaja menggantungkan dirinya selepas melakon semula babak membubuh diri dalam sebuah filem di rumahnya

Kuhesri Nadarajah dilihat mati tergantung dengan sehelai kain terlilit di lehernya oleh datuknya semalam pada pukul 7.30 malam di rumah pangsa mereka di Taman Tun Sardon sebaik sahaja beliau kembali daripada sembahyang.

Dai telah merayu kepada jiran-jiranya untuk menurunkan mayat mangsa sebelum dihantar ke bilik mayat Hospiral Pulau Pinang untuk bedah siasat dijalankan.

Ketika kejadian Kuhesri bersendirian di rumahnya kerana ibunya sedang bekerja di kilang berhampiran sementara ayahnya bekerja di Singapura.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan bagaimanapun enggan bercakap dengan pihak media ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pulau Pinanh hari ini.

Seorang ahli keluarga mangsa berkata kali terakhir gadis itu dilihat ketika dia sedang bermain dengan sehelai kain di rumahnya sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan walapun ia telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pakar Patalogi Forensik, Datuk Dr Bhupinder Singh berkata tiada sebarang kecedaraan ditemui pada badan Kuheshri kecuali kesan gantung yang terdapat leher mangsa.

Seorang guru daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, di Gelugor, tempat mangsa belajar Subramaniya Barathee berkata Kuheshri datang seperti biasa ke sekolah pada hari kejadian.

“Dia seorang pelajar yang peramah dan baik dengan rakan-rakan sekelasnya.

"Dia tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan atau sedih ketika di dalam kelas dan itulah kali terakhir saya melihat dia,” kata seorang guru yang enggan dikenali.

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain