suria

Pengecat Rumah Dilepaskan dari Tuduhan Sebabkan Kecederaan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pengecat rumah daripada tuduhan menyebabkan kecederaan menggunakan pencair cat ke atas seorang pekerja pemasang penghawa dingin, dua tahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ngai Wai Leong, 28 Ngai didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada See Wei Kit, 27, dengan menggunakan api atau benda hangat yang mana mungkin menyebabkan See cedera parah di Blok 5-6-3 Taman Salak Selatan, Jalan Gempita 1, Brickfields pada pukul 1 tengah hari, 27 Mac 2008.

Ngai yang diwakili peguam Esther Tan Siew Choo didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda atau sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po'ad. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain