suria

Pasang Tali Pinggang Keledar Belakang Sebelum Jun Tahun Depan - JKJR

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)mengingatkan pemilik kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang supaya berbuat demikian sebelum penguatkuasaannya pada Jun tahun depan.

Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata statistik terbaru Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar belakang amat menghampakan iaitu kurang daripada 20 peratus berbanding 48 peratus pada awal kempen pada 1 Jan tahun lepas.

"JKJR bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis dan agensi-agensi lain terlibat dalam Ops Bersepadu berusaha menggiatkan kempen sehingga mencapai tahap (penggunaan tali pinggang keledar) yang memuaskan dan mereka diingatkan tidak memasangnya pada saat akhir," katanya selepas melancarkan kempen Ops Bersepadu dan mengedarkan pelekat kereta "Buckle-Up" di Plaza Tol Mines Selatan, dekat sini, hari ini.

Suret Singh berkata antara faktor menyebabkan kemerosotan kesedaran pengguna ialah sikap ambil ringan terhadap kepentingan penggunaan tali pinggang keledar belakang.

Beliau berharap orang ramai sentiasa memasang tali pinggang keledar ketika berada di tempat duduk belakang kenderaan sebagai amalan dan tidak menunggu sehingga peraturan dikuatkuasakan.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak mereka memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen berikutan statistik JPJ menunjukkan angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan membimbangkan.

Sebanyak 41 peratus daripada kes kemalangan maut melibatkan pemandu berumur 15 hingga 25 tahun dan tidak mempunyai lesen.

"Ketiadaan lesen memandu menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai latihan dan pengalaman yang mencukupi daripada segi undang-undang jalan raya," katanya. - BERNAMA

Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata statistik terbaru Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar belakang amat menghampakan iaitu kurang daripada 20 peratus berbanding 48 peratus pada awal kempen pada 1 Jan tahun lepas. "JKJR bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis dan agensi-agensi lain terlibat dalam Ops Bersepadu berusaha menggiatkan kempen sehingga mencapai tahap (penggunaan tali pinggang keledar) yang memuaskan dan mereka diingatkan tidak memasangnya pada saat akhir," katanya selepas melancarkan kempen Ops Bersepadu dan mengedarkan pelekat kereta "Buckle-Up" di Plaza Tol Mines Selatan, dekat sini, hari ini. Suret Singh berkata antara faktor menyebabkan kemerosotan kesedaran pengguna ialah sikap ambil ringan terhadap kepentingan penggunaan tali pinggang keledar belakang. Beliau berharap orang ramai sentiasa memasang tali pinggang keledar ketika berada di tempat duduk belakang kenderaan sebagai amalan dan tidak menunggu sehingga peraturan dikuatkuasakan.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak mereka memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen berikutan statistik JPJ menunjukkan angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan membimbangkan. Sebanyak 41 peratus daripada kes kemalangan maut melibatkan pemandu berumur 15 hingga 25 tahun dan tidak mempunyai lesen. "Ketiadaan lesen memandu menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai latihan dan pengalaman yang mencukupi daripada segi undang-undang jalan raya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain