suria

Maika Tidak Ada Cadangan Ambil Alih Saham G Team

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Maika Holdings Bhd berkata mereka tidak meninjau pihak lain untuk membuat tawaran pengambilalihan saham syarikat selain G Team Resources & Holdings Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maika mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima tawaran pengambilalihan daripada syarikat pemegangan pelaburan, G Team, untuk membeli kesemua 125 juta saham yang boleh mengundi pada 80 sen sesaham secara tunai. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain