suria

Juruteknik Maut Terjatuh Tangga Ketika Sedang Pasang Lampu

KUANTAN: Hasrat seorang juruteknik untuk meraikan perkahwinannya tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjatuh dari tangga ketika sedang memasang lampu di sebuah kedai kek di Bandar Inderapura, Jerantut, semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata Hon Pey Liu, 28, yang mengalami kecederaan teruk di kepala dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut.

Juruteknik berasal dari Mentakab itu yang baru mendaftarkan perkahwinannya dijadual mengadakan jamuan sempena perkahwinannya itu pada 17 Mei ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, katanya identiti lelaki yang dijumpai mati dibunuh di Felda Bukit Kuantan dua hari lepas telah dikenal pasti.

Noor Asyikin berkata lelaki itu merupakan seorang pesara kerajaan iaitu Hashim Abd Wahab, 65, beralamat Blok 5. Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Motif pembunuhan masih disiasat, katanya dan beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain