suria

Rozali Isohak Dilantik Sebagai Pengerusi Balai Seni Lukis Negara

KOTA BAHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara bermula 1 Mei lepas.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Azim Zabidi yang tamat tempoh perkhidmatan pada pertengahan bulan lalu.

Pelantikan itu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim adalah untuk tempoh setahun.

Mohd Rozali, 60, sebelum ini merupakan timbalan pengerusi lembaga berkenaan.

Beliau yang mengesahkan pelantikan itu kepada Bernama, berkata beliau akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebaik mungkin.

Beliau berjanji akan berusaha mempergiatkan seni budaya tanah air ke peringkat global dengan mempelbagaikan hasil seni masyarakat tempatan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui badan ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain