suria

Perompak Ala Komando Rompak Kedai Emas

GOPENG: Lima perompak ala "komando" mengambil masa kira-kira tiga minit untuk melarikan barangan kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di sini hari ini.

Kumpulan lelaki itu lengkap beruniform hitam, bersarung tangan dan bertopeng muka serta memakai kasut serupa.

Pemiliki kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Tang berkata ketika kejadian pada kira-kira pukul 9.45 pagi itu, hanya beliau bersama ibu dan bapa mentua serta seorang anaknya berada dalam premis berkenaan.

"Empat lelaki tiba-tiba menyerbu masuk dan mengacukan pistol ke arah saya sambil mengarahkan mereka tidak berbuat bising," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu menggunakan tukul besi memecahkan cermin pameran dan memasukkan barangan kemas ke dalam guni sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lagi lelaki.

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain