suria

Murid Darjah Enam Maut Apabila Motosikalnya Dirempuh Kereta Di Lipis

KUANTAN: Seorang murid Darjah Enam maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di KM 12, Jalan Lipis-Merapoh, Lipis semalam.

Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian dilaporkan berlaku pada 6 petang, apabila mangsa Mohammad Soliqim Ab Hamid, 12, dari Kampung Bapong, Kuala Lipis cuba membelok ke kanan jalan tetapi motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang datang arah bertentangan.

"Mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu cedera parah di kepala dan badan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Lipis, tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam tadi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain