suria

Mayat Renjer Hutan Ditemui Di Hutan Simpan Lungmanis

SANDAKAN: Renjer hutan Jabatan Perhutanan Sabah yang dilapor hilang sejak sembilan hari lepas, ditemui mati di Hutan Simpan Lungmanis di Jalan Sandakan-Telupid.

Mayat Alisius Piging Ampin, 51, ditemui kira-kira pukul 11.30 pagi ini oleh pasukan pencari dan penyelamat yang terdiri daripada Polis, Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan Sabah dan Pasukan Gerakan Am.

Mayat Alisius Piging ditemui lengkap berpakaian bersama sebuah beg pinggang mengandungi dompet serta kad pengenalan miliknya kira-kira dua kilometer dari pondok tempat mangsa bermalam untuk tugas pemantauan di hutan simpan itu.

Adik mangsa, Jelinah Ampin, 46, yang ditemui di tempat kejadian berkata mayat abangnya itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Semalam, Jelinah membuat laporan polis mengenai kehilangan abangnya itu setelah usaha mencari dan menghubunginya melalui telefon bimbit gagal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain