Samun Kereta VIP Hanya Kebetulan: Polis - Semasa | mStar

Samun Kereta VIP Hanya Kebetulan: Polis

KUALA LUMPUR: Polis percaya kegiatan samun kenderaan milik orang kenamaan yang berlaku tiga kali dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, kesemuanya melibatkan kereta Proton Perdana V6, adalah hanya kebetulan dan bukanlah dirancang.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, hasil siasatan awal satu pasukan khas yang dianggotai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kuala Lumpur mendapati lebih daripada satu kumpulan terlibat dalam samun kereta mewah ini.

"Mereka hanyalah mencuri seperti biasa dan tidak sedar ia milik VIP. Kita belum tahu lagi modus operandi mereka.

"Namun kita tidak menolak kemungkinan mereka akan menjual mana-mana kereta yang disamun atau menggunakan kereta itu untuk melakukan jenayah samun di kawasan Lembah Klang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, kereta Proton Perdana V6 milik Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay yang hilang sejak 7 Mei ditemui di Jinjang. Sebelum itu, kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri pada 6 Mei di Seksyen 9 di Shah Alam ditemui semula di Prima Damansara, Petaling Jaya, dua hari kemudian.

Rentetan episod kehilangan kereta Perdana V6, yang berharga hampir RM101,500, bermula pada 12 April apabila kereta milik pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang.

Kereta Asisten Ketua Staff Pengurusan Strategi Bahagian Pengurusan Tentera Laut Wisma Pertahanan, Laksamana Pertama Datuk Rosli Idrus itu dilaporkan hilang berhampiran parkir sebuah restoran di Wangsa Maju di sini pada pukul 12.45 pagi.

Ia ditemui pada 10 Mei dengan mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam bonet kereta terbabit yang terbakar di kawasan Ladang Sawit Elmina, Sungai Buloh dekat sini.

Omar berkata, pasukan khas yang ditubuhkan itu masih mengumpul maklumat dan tidak menolak kemungkinan mereka yang terlibat termasuk warga asing yang berpengalaman dalam mencuri kenderaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain