suria

Program 'Melayu Bangkit' Ditangguh

KUALA TERENGGANU: Program Melayu Bangkit bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Program anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pagi esok, ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan, kata Pengarah IINT Arpin Draman.

Beliau berkata ada beberapa pihak yang tersalah anggap mengenai tujuan program itu diadakan memandangkan tarikh 13 Mei esok mengundang kontroversi.

"Saya menerima keputusan penangguhan ini 2 petang ini, iaitu ketika persiapan terakhir sedang berjalan," katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Arpin berkata pemilihan tajuk program "Melayu Bangkit" bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan belia agar "bersemangat" untuk hadir.

"Ini kerana majoriti belia kita khususnya yang tinggal di kampung, kebanyakannya tidak mempunyai jati diri atau jati diri mereka sudah terhakis," katanya.

Aripin berkata tindakan pemimpin pusat meminta agar program ini ditangguhkan amatlah wajar. -BERNAMA

Artikel Lain