suria

Pesawat Libya Membawa 104 penumpang terhempas di Tripoli

KAHERAH: Sebuah pesawat Libya yang membawa 104 penumpang dan anak kapal terhempas ketika mendarat hari ini di lapangan terbang Tripoli, ibu negara Libya, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas pesawat Airbus A330 Syarikat Penerbangan Afriqiyah yang sedang mendarat dari Johannesburg, Afrika Selatan apabila ia terhempas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa-mangsa terselamat atau punca nahas tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu melalaui laman webnya.

"Afriqiyah Airways mengumumkan bahawa penerbangan 8U771 kami menemui nahas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata kenyataan itu.

"Pada peringkat ini, kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai bilangan korban atau mangsa terselamat. Menurut maklumat yang kami terima terdapat 93 penumpang dan 11 kru yang mengikuti penerbangan tersebut. Pihak berkuasa sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat. - AP

Artikel Lain