suria

DAP Mahu Kabinet Kecam Perhimpunan 13 Mei di Kuala Terengganu

SIBU: Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet mengecam rancangan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan untuk menganjurkan rapat raksasa di Kuala Terengganu esok.

Katanya perhimpunan itu yang bertepatan dengan ulang tahun ke-41 tragedi rusuhan perkauman yang berlaku di negara ini pada 13 Mei 1969, adalah sangat sensitif.

"Sejajar dengan konsep 1Malaysia, Perdana Menteri harus mengambil pendirian menentang semua bentuk fahaman pelampau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata beliau telah menghantar pesanan kepada kabinet melalui satu laman web mengenai perkara itu pagi ini. -BERNAMA

Artikel Lain