suria

Suami Isteri Maut Motosikal Berlanggar Kereta Ketika Keluar Menoreh

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang keluar untuk menoreh getah awal pagi semalam terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Temerloh-Bahau, dekat Bera.

Dalam nahas pada 2.40 pagi itu, Chan Tong, 62, dan isterinya, Eg Kum Thoe, 54, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kata jurucakap polis.

Menurutnya pemandu kereta berusia 35 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu kes lain, seorang penunggang motosikal, Jamina Yasir, terbunuh apabila motosikal yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 9 Jalan Kuantan-Gambang di sini pada 8 pagi tadi. - BERNAMA

Artikel Lain