suria

Ketua Pemuda PKR Sibu Keluar Parti

SIBU: Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng, 42, hari ini mengumumkan keluar parti.

Katanya beliau bercadang untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai parti yang mana.

Ketika ditanya Jee mendakwa beliau keluar dari parti itu disebabkan perbalahan dalaman dan keadaan parti yang kucar-kacir.

"PKR di sini kucar-kacir dan ramai ketua cawangan di sini yang berebut jawatan serta bergaduh setiap kali diadakan mesyuarat," katanya yang menyertai parti tersebut sejak awal penubuhannya.

Bercakap kepada pemberita di sini, Jee mendakwa seramai 70 rakannya akan turut keluar PKR. - BERNAMA

Artikel Lain