suria

Polis P.Pinang Tahan Dua Lelaki, Rampas Pistol , Sembilan Peluru

PULAU PINANG: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai penjaga kereta haram dan merampas sepucuk pistol serta sembilan butir peluru di Jalan Datuk Keramat, di sini hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi, dua lelaki itu masing-masing berusia 39 dan 33 tahun yang menaiki sebuah Proton Perdana V6, diekori sejauh 500 meter selepas pasukan peronda mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas melakukan pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol dan sembilan butir peluru di bawah tempat duduk pemandu kereta yang mereka naiki itu," katanya kepada pemberita.

Ayub berkata, polis sedang menyiasat tujuan lelaki terbabit memiliki senjata api, termasuk kemungkinan untuk digunakan bagi melakukan jenayah.

Katanya, salah seorang daripada suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan, ugutan dan memiliki senjata secara haram. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain