Kuarters Pekerja Kilang Papan Milik Bapa Calon BN Sibu Terbakar - Semasa | mStar

Kuarters Pekerja Kilang Papan Milik Bapa Calon BN Sibu Terbakar

SIBU: Sebuah kuarters yang didiami oleh 10 pekerja sebuah kilang papan milik bapa calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew, musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan kebakaran itu berkata, api dikesan kira-kira pukul 8.20 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau menolak sebarang unsur khianat dalam insiden itu atau ada hubung kait dengan pilihan raya kecil berkenaan.

"Ia hanya kebetulan," kata beliau.

Lau, 45, terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Sementara itu, Shafie melahirkan perasaan puas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini yang pada pemerhatiannya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain