suria

Tiga Kanak-kanak Mati Selepas Mandi Di Lombong

NILAI: Tiga orang kanak-kanak termasuk dua adik beradik mati setelah mandi dalam bekas lombong berhampiran Taman Chempaka di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Asraf Azmi, 14, S. Joganathan, 13, dan adik perempuannya S. Jayamalini, 10.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Lias Amat, dua daripada mayat itu dikeluarkan oleh anggota bomba setelah menerima panggilan dari orang awam kira-kira 5.10 petang.

"Mayat Mohd Asraf dijumpai pada pukul 6.38 petang manakala mayat Joganathan ditemui pada 6.45 petang," katanya.

Lias berkata Jayamalini difahamkan telah diselamatkan oleh orang ramai sebelum itu tetapi meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. -BERNAMA

Artikel Lain