suria

PRK Sibu: DAP Wujud Pusat Media Dan Laman Web

SIBU: DAP hari ini mewujudkan pusat media untuk mengadakan sidang akhbar sepanjang pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pengarah kempen pilihan raya DAP, Chong Chieng Jen berkata setiap aktiviti yang dilakukan DAP selepas hari penamaan calon esok akan diumumkan dari pusat media tersebut.

"Pada masa yang sama, kami akan melancarkan laman web facebook yang boleh dilayari di www.facebook.com/sibu4change dan laman web You Tube di www.youtube.com/dapvideo," katanya yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching kepada pemberita.

DAP akan meletak Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek untuk bertanding.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah Ismail akan mengiringi Wong ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Sibu. -BERNAMA

Artikel Lain