Kickdefella Dedah Nama Husam Di Sebalik GMC

PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella.

Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu.

Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC.

Memandangkan Nik Abdul Aziz akan membuat kunjungan kali pertama ke GMC, Syed Azidi berkata beliau telah mengajukan soalan kepada Husam mengenai pemilikan agensi berkenaan.

"Kalau Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?" tanya Syed Azidi kepada Husam.

"Kata ini hok (hak milik) Tok Guru,” itu arahan daripada Husam menurut Syed Azidi yang dipetik dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com/.

Menurut Syed Azidi, beliau tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.

Bukan itu sahaja, dakwa Syed Azidi, nama GMC juga disebut beberapa kali dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi menaikkan imej seseorang.

"Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula GMC kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya," kata bloger itu lagi.

Syed Azidi baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Katanya lagi, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga pernah menghadiri taklimat media PRU-12 di GMC.

"Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya," katanya sambil mendakwa Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah menghabiskan masa di GMC.

Malah dedah Syed Azidi, Takiyuddin pernah mengumumkan bahawa Majalah Kelantan Gateway milik kerajaan negeri diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan Kerajaan Negeri iaitu GMC.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain