Kes Tembak: Suami Isteri Saman Dua Anggota Polis RM4.75 Juta - Semasa | mStar

Kes Tembak: Suami Isteri Saman Dua Anggota Polis RM4.75 Juta

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri hari ini memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan empat yang lain menuntut ganti rugi RM4.75 juta kerana didakwa melepaskan tembakan terhadap mereka tahun lepas.

Siti Nasrinda Tumirin, 23, dan suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, serta bapa mentuanya, Mohd Daud Ab Hamid (ayah Mohd Fauzi), 51, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan M. Manoharan & Co.

Mereka menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi sebagai defendan pertama, Koperal Abdul Wahab Ishak defendan kedua, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusof defendan ketiga, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar defendan keempat, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan defendan kelima dan kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam dalam saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pada 19 Ogos 2009 lebih kurang pukul 8.30 malam, semasa plaintif pertama dan kedua sedang berbincang dalam kereta milik plaintif ketiga di sebuah lorong di Taman Perumahan Sungai Keramat, Klang Utama, Selangor, dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda bertindak menghampiri mereka dan menyuluh ke arah kereta yang dinaiki plaintif.

Akibat rasa takut, plaintif kedua terus memandu keluar dari lorong itu tetapi kedua-dua defendan tetap mengekori mereka.

Plaintif mendakwa, ketika dikejar, kedua-dua defendan melepaskan beberapa das tembakan terhadap kereta itu sehingga satu daripada peluru itu mencederakan bahagian belakang pinggang kanan plaintif pertama.

Sebaik plaintif kedua menghentikan keretanya untuk melihat kecederaan yang dialami tunangnya, kedua-dua defendan didakwa keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol ke arah mereka.

Sehubungan itu, plaintif memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab.

Plaintif, antara lain menuntut suatu deklarasi bahawa defendan-defendan telah melanggari Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, suatu deklarasi bahawa defendan telah gagal mematuhi Akta Polis 1967 serta suatu deklarasi bahawa defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Mereka juga menuntut antaranya semua tohmahan pertuduhan tanpa asas terhadap plaintif pertama dan kedua ditarik balik dengan serta-merta dan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dengan serta merta bagi menyiasat aduan plaintif.

Ketiga-tiga plaintif menuntut gantirugi am berjumlah RM1.75 juta, gantirugi teruk RM3 juta, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain