suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beranak Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Membunuh

KUALA LUMPUR: Dua anak-beranak dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lepas.

M. Seldas, 51, dan anak lelakinya S. Edwinmaranda, 22, masing-masing bekerja sebagai pemandu lori, didakwa telah membunuh Cheong Sin, 51, di hadapan rumah mangsa di Bandar Baru Sentul pada pukul 1 pagi, 28 April lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Majistret Nor Shakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Tharamjit Singh. - BERNAMA

Artikel Lain