suria

Peluru Berjaya Dikeluarkan Daripada Pengawal Ditembak

KOTA BAHARU: Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab Dua semalam berjaya mengeluarkan peluru daripada pengawal keselamatan Istana DiRaja Kelantan, Ramli Muhammad, 50, yang cedera akibat ditembak pada 1 Mei lepas.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata peluru itu berjaya dikeluarkan ini dalam satu pembedahan tengah hari semalam.

"Beliau kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ramli cedera parah setelah ditembak empat das di Kampung Kok Keli, Tumpat. Beliau ditembak dari jarak dekat ketika menaiki motosikal untuk pulang ke rumah. - BERNAMA

Artikel Lain