suria

Lima Gerabak KTMB Bawa Getah Keping Tergelincir Dari Landasan

PADANG BESAR: Lima gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan getah keping tergelincir dari landasan di Felda Rimba Mas dekat sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.41 petang apabila kereta api yang datang dari arah Thailand menuju Seberang Perai tergelincir kira-kira 2.2 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Bagaimanapun tiada kecederan dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, gerabak yang tergelincir adalah lima gerabak terakhir dan kereta api itu meneruskan perjalanan dengan gerabak yang selamat dan berada di atas landasan.

Kerja-kerja membaiki landasan yang rosak sedang giat dilakukan oleh kakitangan KTMB, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain