Tangan Tekong Hampir Putus Tersangkut Mesin Penarik Pukat - Semasa | mStar

Tangan Tekong Hampir Putus Tersangkut Mesin Penarik Pukat

JOHOR BAHARU: Seorang tekong bot nelayan nyaris maut apabila tangan kirinya tersangkut pada mesin penarik pukat jerut ketika menangkap ikan di perairan Pulau Aur, dekat Mersing, hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Abdul Hadib Abdul Wahab berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada seorang awak-awak bot nelayan kira-kira pukul 4 pagi yang memaklumkan tekong terbabit mengalami kecederaan.

"Pasukan penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menemui bot nelayan itu pada kedudukan 2.3 batu nautika dari Tanjung Sedili.

"Mangsa, Mohd Ali Abas, 45, sedang terbaring mengerang kesakitan dan pemeriksaan mendapati tangan kirinya hampir putus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Hadib berkata pasukan penyelamat memberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan sebelum Mohd Ali yang mengalami kecederaan serius dibawa balik ke Jeti Tanjung Sedili dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Beliau berkata difahamkan, semasa kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa bersama tujuh awak-awak sedang menangkap ikan di perairan itu.

"Semasa menaikkan pukat, dengan tidak sengaja tangan kiri Mohd Ali tersangkut dan terbelit pada tali mesin penarik pukat menyebabkan tangannya terkulai dan hampir putus," katanya.

Abdul Hadib berkata seorang awak-awak cuba menghubungi APMM bagi meminta bantuan namun pada ketika itu tiada isyarat penerimaan talian telefon di kawasan itu.

Mereka katanya, hanya berjaya menghubungi APMM tiga jam kemudian setelah menghampiri tiga batu nautika ke pesisir pantai Tanjung Sedili. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain