suria

Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) 2010 adalah antara tiga rang undang-undang yang diluluskan oleh persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 itu adalah bertujuan menubuhkan sebuah badan tunggal bagi menyelaras pembangunan pengangkutan awam di Semenanjung.

Suruhanjaya itu kelak dijangka dapat memberi lonjakan baru kepada sistem pengangkutan awam di bandar, antara lain bertanggungjawab menasihati menteri mengenai segala perkara berhubung dasar dan perancangan yang berkenaan dengan pengangkutan awam darat.

Dua lagi rang undang-undang yang turut diluluskan ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010.

Kesemua rang undang-undang itu diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Persidangan Dewan disambung esok. - BERNAMA

Artikel Lain