suria

Presiden Susilo Lawat Kuala Lumpur 18 Mei

KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke sini pada 18 Mei ini.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada wartawan selepas mengadakan mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Indonesia Tifatul Sembiring di sini hari ini.

Rais berkata, Susilo akan berada di sini untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) keenam yang akan berlangsung dari 18 hingga 20 Mei.

Katanya, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu khasnya yang melibatkan sentimen anti-Malaysia di Indonesia pada pertemuan itu.

"Saya yakin kedua-dua pemimpin akan menjelmakan pelbagai pandangan supaya kata-kata yang dikutip oleh media itu tidak menjadi isu," katanya.

Kali terakhir Susilo mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada November lepas manakala Najib telah melawat republik itu April tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertahan Nik Aziz

Artikel Lain