suria

Lapangan Terbang Subang Ditutup Sejam Kerana Landasan Berlubang

PETALING JAYA: Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini terpaksa ditutup untuk tempoh sejam selepas salah satu landasan utamanya berlubang ekoran panahan petir ketika hujan lewat petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa lapangan terbang telah mengesan tiga lubang terbentuk di landasan utama dengan setiap lubang sebesar dua kaki (60cm) dan kedalaman enam inci (15cm).

"Kira-kira pada pukul 6.15 petang, ketiga-tiga lubang berkenaan telah ditampal semula dan landasan tersebut telah dibuka semula untuk operasi sepenuhnya," kata Azharuddin kepada The Star.

Beliau juga mengesahkan bahawa tiada pesawat yang rosak atau terkena petir semasa kejadian ribut berkenaan.

Artikel Sebelum

Zaid Pertahan Nik Aziz

Artikel Lain