Imam Besar Masjid Negeri Selangor Pertahan Kejuaraan Qari - Semasa | mStar

Imam Besar Masjid Negeri Selangor Pertahan Kejuaraan Qari

KLANG: Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ahmad Mustaffa Mohd Sidin berjaya mempertahankan gelaran johan qari pada Tilawah Al-Quran peringkat negeri di Masjid Jamek As-Syarif, Meru, dekat sini, malam ini.

Johan qariah pula disandang oleh Nor Ruzana Natiah Jaafar, seorang guru agama, di Jabatan Agama Islam, Selangor.

Ahmad Mustaffa, 36, yang mewakili daerah Hulu Selangor, memperoleh 82 peratus markah manakala Nor Ruzana Natiah, 27, dari Hulu Langat, mendapat 81 peratus.

Johan qari dan qariah berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah dan sepersalinan pakaian daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Naib juara qari pula dimenangi oleh Syamsul Abu Al Shaari dari Kuala Selangor dengan markah 80 peratus dan tempat ketiga oleh Ahmad Shukri Badarudin dari Gombak dengan 79.33 peratus.

Naib juara qariah pula dimenangi oleh juara bertahan Nor Faizah Panut dari Sepang dengan mengumpul markah 79 peratus diikuti Faizah Shafii dari Gombak dengan markah 74.66 peratus.

Naib juara qari dan qariah pula masing-masing menerima wang tunai RM4,000, piala iringan, sepersalinan pakaian manakala peserta di tempat ketiga menerima wang tunai RM3,500, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia