suria

Nama Jalan Barat Ditukar Kepada Jalan Dr V. David

PETALING JAYA: Jalan Barat, satu daripada jalan utama di bandar raya ini akan ditukar nama sebagai Jalan Dr V. David, sebagai menghargai jasanya sebagai tokoh pemimpin kesatuan pekerja dan wakil rakyat.

David, yang sepanjang hayatnya banyak berjuang untuk kepentingan pekerja, merupakan bekas setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan bekas setiausaha agung Kesatuan Pekerja pekerja Pengangkutan (TWU) selama lebih tiga dekad.

Menurut satu kenyataan MTUC hari ini, kongress sangat gembira sumbangan David kepada golongan pekerja dan negara diiktiraf.

Satu majlis bagi menukar nama jalan itu secara rasmi akan diadakan esok sempena sambutan Hari Pekerja, menurut kenyataan itu.

David merupakan bekas Anggota Parlimen Damansara pada 1978 sebelum menjadi Anggota Parlimen Puchong selama dua penggal yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1986 dan 1990.

David meninggal dunia pada 2005 akibat serangan angin ahmar. - BERNAMA

Artikel Lain