suria

Mesyuarat Agung Cawangan Umno Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Cawangan Umno di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing mulai esok sehingga 15 Jun.

Mengikut data, bilangan anggota Umno di 19,235 cawangan sehingga Oktober lepas ialah 3,478,393 orang.

Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Oktober nanti.

Di Johor Baru, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri, Ramli Buhani berkata kira-kira 2,000 cawangan Umno di seluruh negeri itu akan memulakan mesyuarat mereka esok.

Beliau berkata, pada ketika ini keanggotaan Umno di negeri Johor mencecah 457,000 orang daripada 26 bahagian.

Badan perhubungan Umno negeri lain turut mengesahkan mesyuarat agung cawangan akan bermula esok.

Bagaimanapun tiada pemilihan jawatan diadakan tahun ini.

Persidangan perwakilan bahagian dijadual diadakan mulai 16 Jun hingga 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Oktober nanti. - BERNAMA

Artikel Lain