suria

Yang Dipertua Pulau Pinang Dibenar Keluar Hospital

PULAU PINANG: Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini selepas menerima rawatan penyakit berkaitan paru-paru sejak 18 April lepas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau melawat Yang Dipertua Negeri di HPP semalam dan diberitahu bahawa Abdul Rahman telah pulih.

"Semalam saya ada melawat Tun (Abdul Rahman) di hospital dan saya diberitahu Tun dibenarkan keluar hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diadakan pada Isnin depan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Perasmian persidangan DUN yang dijadualkan pada 19 April lepas terpaksa ditangguh berikutan keuzuran Abdul Rahman. - BERNAMA

Artikel Lain