Polis Harap Saksi Pelanggaran Kereta Aminulrasyid Tampil Beri Keterangan - Semasa | mStar

Polis Harap Saksi Pelanggaran Kereta Aminulrasyid Tampil Beri Keterangan

KLANG: Polis masih menunggu penampilan saksi yang terlibat dalam pelanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak ketika dilaporkan cuba melarikan diri daripada polis di Shah Alam pada Isnin lepas, untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sehingga petang ini polis belum menemui saksi-saksi berkenaan yang boleh membantu polis dalam siasatan kejadian itu.

Beliau meminta kerjasama mereka termasuk yang melihat kejadian itu agar tampil atau menghubungi mana-mana balai polis untuk memberikan maklumat.

"Kita berharap saksi-saksi ini dapat segera tampil agar keterangan daripada mereka dapat diambil," katanya.

Dalam kejadian itu, Aminulrasyid, 15, mati ditembak semasa dia dan seorang rakannya cuba melarikan diri daripada dikejar oleh anggota polis dalam kereta peronda di kawasan Seksyen 11 pada 2 pagi Isnin lepas.

Khalid berkata, polis berharap semua pihak terutama ahli keluarga Aminulrasyid bersabar dan memberi kepercayaan kepada polis untuk menyelesaikan siasatan kes itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis