Hadkan Tempoh Bertugas Penjawat Awam: Cuepacs - Semasa | mStar

Hadkan Tempoh Bertugas Penjawat Awam: Cuepacs

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tempoh bertugas penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai dihadkan kepada tiga hingga lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sekarang.

Presidennya Omar Osman berkata, ini kerana tempoh bertugas yang terlalu lama di satu-satu tempat akan mendedahkan mereka kepada amalan rasuah.

"Penjawat awam yang mempunyai tugas melibatkan pelanggan seperti menjaga penerimaan borang tender, bahagian kewangan, mereka tidak perlu duduk di tempat itu selama-lamanya.

"Kadang-kadang di satu tempat sehingga 10 tahun, dan apabila sudah sampai tempoh itu, mereka sudah dikenali oleh pihak yang berkepentingan," katanya kepada, di sini hari ini.

Omar yang sebelum itu menemui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada JPA selepas Kongres Cuepacs pada Jun ini.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan matlamat kesatuan sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini yang mahu mencapai sasaran sifar rasuah pada kalangan warga perkhidmatan awam menjelang hujung tahun ini.

"Kita tidak mahu lagi penjawat awam dituduh seolah-olah yang meminta rasuah tetapi kita mahu jadi pelapor utama kepada SPRM jika wujud amalan rasuah di tempat kerja masing-masing," katanya.

Statistik menunjukkan penjawat awam yang ditangkap atas kesalahan rasuah mencatatkan penurunan dalam tempoh tiga tahun iaitu 303 pada tahun 2007, 282 pada 2008 dan 194 orang pada tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain