suria

Pakatan Rakyat Sarawak Tentang BN Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei depan akan menyaksikan buat pertama kali di negeri ini sebuah fron pembangkang tunggal dan bersatu dalam bentuk Pakatan Rakyat Sarawak (PR Sarawak) menentang Barisan Nasional.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini semalam gabungan itu terdiri daripada DAP, PKR, PAS dan SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak).

Beliau berkata parti itu yang telah diberi mandat meletakkan calonnya telah melantik anggota Parlimen Bukit Cheras Tan Kok Wai sebagai pengarah pilihan raya.

"Beliau akan bertanggungjawab menggerakkan sumber dan tenaga manusia. Tetapi di peringkat bawahan, pengarah operasi ialah anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, dibantu oleh Tony Pua and Jeff Wee.

Mengenai pilihan raya itu, Guan Eng berkata beliau melihatnya sebagai "pertandingan cukup sengit". - BERNAMA

Artikel Lain