suria

Lapan Kenderaan Disita, Lapan Pemandu Ditahan Dalam 'Ops Teksi Sapu'

PULAU PINANG: Lapan kenderaan disita dan lapan pemandu ditahan dalam Operasi Teksi Sapu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di sini hari ini.

Operasi enam jam mulai pukul 10 pagi itu dijalankan hasil maklumat orang awam.

"Tujuh van dan sebuah kereta sapu disita dan semua pemandu kenderaan terbabit ditahan untuk siasatan," kata penguatkuasa operasi trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, Asisten Supritendan Ahmad Ezzel Razan.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Sekysen 33 A Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 dan Sekysen 90 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987, di bawah akta penyalahgunaan kereta persendirian.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain