Bayi Lelaki Ditemui Di Balkoni Rumah - Semasa | mStar

Bayi Lelaki Ditemui Di Balkoni Rumah

TANAH MERAH: Seorang bayi lelaki berusia dua hari, ditemui di hadapan balkoni sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, bayi seberat 3.3 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 12.30 pagi, dalam keadaan berbalut tuala dan selimut.

"Bayi itu ditemui oleh dua pemilik rumah berkenaan, Sukma Abdullah dan Norasiah. Semasa ditemui bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM).

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mardiana di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah 09-9557704 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain