Siasatan kes Bumbung Stadium Runtuh Selesai: SPRM

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussin berkata, kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.

"Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.

Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ahmad berkata, SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ahmad berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM menerima 120 maklumat mengenai rasuah dan daripada jumlah itu sebanyak 83 kes telah dibuka kertas siasatan.

Katanya, bagi tempoh itu juga SPRM menahan 11 individu berbanding lapan individu bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pada majlis itu, 10 pegawai dari agensi penguatkuasaan menerima sijil penghargaan SPRM. - BERNAMA

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain