Kilang Wangian Di Rawang Terbakar, Kerugian Kira-Kira RM1 Juta - Semasa | mStar

Kilang Wangian Di Rawang Terbakar, Kerugian Kira-Kira RM1 Juta

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang membuat wangian gel di Pusat Perindustrian Rawang Integrated dekat sini kerugian kira-kira RM1 juta setelah kilang itu musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu walaupun terdapat kira-kira 30 pekerja berada dalam premis sewaktu kejadian.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Othman Husain berkata pekerja kilang tersebut bertempiaran keluaran untuk menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi letupan.

"Ketika anggota tiba di tempat kejadian api sedang marak dan ada bunyi letupan. Kami percaya bunyi letupan itu berpunca daripada barangan kimia yang terdapat dalam kilang tersebut," katanya ketika dihubungi.

Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran kira-kira 11.20 pagi sebelum 45 anggota bomba dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Selayang, Batu Arang dan Sungai Buloh selain Bomba Sukarela tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Katanya api berjaya dikawal pada pukul 12.10 tengah hari.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kes Kesalahan Lampu Isyarat Naik Mendadak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain