Kedai Emas Dirompak Ketika Ditutup Hujung Minggu - Semasa | mStar

Kedai Emas Dirompak Ketika Ditutup Hujung Minggu

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik sebuah kedai emas yang ingin memulakan operasi perniagaannya Isnin setelah ditutup pada hujung minggu mendapati kedainya di Jalan Telawi 4, Bangsar di sini dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada pemilik kedai emas berkenaan kira-kira pukul 10 pagi Isnin yang memberitahu bahawa kedainya telah dipecah masuk setelah ditutup sejak Sabtu lepas.

Katanya siasatan awal mendapati suspek telah memasuki kedai itu dengan menebuk dinding kedai terbabit selepas memecahkan pintu yang menghubungkan tangga di tingkat atas kedai dua tingkat itu.

"Kedai emas itu berada di tingkat bawah manakala kedai di tingkat atas adalah kedai lain yang sedang diubahsuai. Suspek seterusnya bertindak membawa lari barang kemas dalam peti besi di kedai itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan pekerja binaan yang bekerja di kedai tingkat atas terlibat dalam kejadian pecah masuk itu.

"Kita masih menyiasat individu yang terlibat dalam kejadian ini dan kita percaya suspek lebih daripada seorang," katanya.

Wan Abdul Bari berkata kejadian tidak disedari orang awam kerana ia berlaku pada hari minggu.

"Apa yang mengejutkan CCTV (kamera litar tertutup) di kedai itu turut diambil oleh suspek," katanya.

Beliau berkata jumlah kerugian mangsa juga sedang disiasat.

Wan Abdul Bari berharap dengan bantuan CCTV di kawasan berhampiran dan saksi-saksi yang tampil memberi maklumat dapat membantu pihaknya menjalankan siasatan.

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain