Anwar Gagal Batal Pembelaan Hamzah Dalam Saman Fitnah RM10 Juta - Semasa | mStar

Anwar Gagal Batal Pembelaan Hamzah Dalam Saman Fitnah RM10 Juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pembelaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah bernilai RM10 juta yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa adalah tidak adil baginya untuk membatalkan pembelaan peringkat interlokutori dan memerintahkan satu perbicaraan penuh kes itu diadakan. Tiada tarikh ditetapkan lagi untuk perbicaraan kes itu.

Prasad, bagaimanapun, memerintahkan Hamzah, yang diwakili peguam S. Murali, untuk membayar kos RM2,500 kepada Anwar kerana lewat mengemukakan butiran-butiran berkaitan pernyataan pembelaannya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Anwar, S.N.Nair berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Anwar memohon untuk membatalkan pembelaan Hamzah pada November 2009 atas alasan Hamzah telah melengah-lengahkan penyediaan butiran-butiran berkaitan pembelaannya sebagaimana diarahkan Mahkamah Tinggi pada Mei.

Pada 22 Ogos, 2008, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008, artikel fitnah itu ditulis "Anwar Harrassed My Wife".

Anwar mendakwa perkataan berkenaan yang disiarkan dalam artikel itu, bermakna dan difahami bahawa beliau telah secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo, diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain