suria

Mayat Lelaki Ditemui Terbakar Di Pulau Pinang

PULAU PINANG: Mayat seorang lelaki ditemui terbakar keseluruhan badan di belakang Sekolah Pendidikan Khas Tanjung Bungah, Permai Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa seorang rakyat tempatan berusia 26 tahun dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di belakang sekolah itu.

Mayat mangsa ditemui oleh abangnya sendiri, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kini menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian lelaki itu.

Gan meminta mereka yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain